ALAMAT:
NO. 100 TINGKAT 2, JALAN TAKONG DATOK 33300 GERIK
HUBUNGI:
NO.TEL: 019-5592022
EMAIL: DARULTAHFIZGERIK@GMAIL.COM
JUMLAH PELAJAR:
TIADA MAKLUMAT
FASILITI :
TIADA MAKLUMAT
PROGRAM DITAWARKAN:
TIADA MAKLUMAT
 
ALAMAT:
NO. 100 TINGKAT 2, JALAN TAKONG DATOK 33300 GERIK
HUBUNGI:
NO.TEL: 019-5592022
EMAIL: DARULTAHFIZGERIK@GMAIL.COM
JUMLAH PELAJAR:
TIADA MAKLUMAT
FASILITI :
TIADA MAKLUMAT
PROGRAM DITAWARKAN:
TIADA MAKLUMAT
 
IPOH: KERAJAAN PERAK MELULUSKAN PERUNTUKAN RM1.66 JUTA KEPADA PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK (PEMATAP) BAGI MEMPERKASA MAAHAD TAHFIZ DI NEGERI INI.
MENTERI BESAR PERAK, DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMU BERKATA, SELAIN UNTUK MEMPERKASA MAAHAD TAHFIZ, PERUNTUKAN ITU JUGA BERTUJUAN MEMBANTU PEMATAP MENAMPUNG KOS PENGURUSAN.
"SEBANYAK RM568,800 ADALAH UNTUK BANTUAN SARAAN BAGI JUN LALU MANAKALA SEBANYAK RM560,000 PULA BAGI PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ.
"SEBANYAK RM159,000 DIPERUNTUKKAN BAGI MEWUJUDKAN PANGKALAN DATA DAN SISTEM BERSEPADU MAAHAD TAHFIZ PERAK," KATANYA.
BELIAU BERKATA KEPADA PEMBERITA SELEPAS MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NEGERI PERAK (PEMATAP) DI PEJABAT MENTERI BESAR PERAK, HARI INI. YANG TURUT HADIR, PENGERUSI PEMATAP, MOHD AZLAN SUHAIMI.
AHMAD FAIZAL BERKATA, SEBANYAK RM150,000 TURUT DISALURKAN BAGI BANTUAN PENGANJURAN PROGRAM, BANTUAN KOS OPERASI (RM125,800) DAN TABUNG MODAL KOPERASI (RM100,000).
"SAYA BERHARAP DENGAN BANTUAN TAMBAHAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI INI, PEMATAP AKAN DAPAT BERKEMBANG DENGAN MAJU.
"DIHARAP USAHA UNTUK MEMPERBAIKI TAHAP PELAJARAN ANAK TAHFIZ DAPAT SENTIASA DIPERTINGKATKAN DAN MEMASTIKAN SEKOLAH TAHFIZ DIDAFTARKAN SECARA RASMI DENGAN KERAJAAN NEGERI," KATANYA.
BELIAU BERKATA, PEMATAP JUGA BERCADANG MENUBUHKAN KOPERASI AGAR DAPAT MENJANA PENDAPATAN BAGI KEMBALI MEMBANTU OPERASI MAAHAD TAHFIZ DAN JUGA PROGRAM YANG DIJALANKAN.
"KITA MEMINTA KERJASAMA PEMATAP UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI BAGI MEMANTAU PERKEMBANGAN ANAK KITA DI MAAHAD TAHFIZ," KATANYA.
PADA 20 MEI LALU, AHMAD FAIZAL KETIKA MENGUMUMKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGERI PERAK (FASA DUA) BERKATA, KERAJAAN NEGERI MEMBERI BANTUAN RM10,000 KEPADA 116 BUAH MAAHAD TAHFIZ SWASTA DENGAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM1.16 JUTA BAGI MERINGANKAN BEBAN KEWANGAN SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19.
SUMBER: BERITA HARIAN
IPOH - PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK (PEMATAP) MENGAKUI PEMBERIAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM3.47 JUTA KEPADA INSTITUSI TAHFIZ SWASTA MENERUSI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK FASA KEDUA (PRE 2) MERUPAKAN YANG TERBESAR PERNAH DITERIMA.
PENGERUSINYA, MOHD AZLAN SUHAIMI BERKATA, PEMBERIAN TERSEBUT MEMBERI MANFAAT KEPADA 116 MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI PERAK DENGAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM10,000 BAGI TUJUAN PENGOPERASIAN.
BELIAU BERKATA, SELAIN ITU, PEMBERIAN RM800 SECARA SEKALI BAYAR BAGI SETIAP SEORANG GURU TAHFIZ JUGA AMAT MEMBERI MAKNA KERANA SEDIKIT SEBANYAK MERINGANKAN BEBAN DITANGGUNG.
"PEMATAP MENEGASKAN BANTUAN SECARA 'ONE-OFF' INI JELAS MENUNJUKKAN SIKAP 'TAHFIZ CARE' YANG TINGGI OLEH KERAJAAN NEGERI. JUSTERU PEMATAP MENYIFATKAN LANGKAH INI SELARI DENGAN KEHENDAK MAQASID SYARIAH YANG MENJADI TERAS KEPADA PENTADBIRAN NEGARA HARI INI DENGAN MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.
"KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI DI BAWAH KEPIMPINAN MENTERI BESAR, DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMU ATAS PEMBERIAN PERUNTUKAN INI," KATANYA DALAM KENYATAAN KEPADA SINAR HARIAN.
TERDAHULU, AHMAD FAIZAL MENGUMUMKAN PRE 2 BERNILAI RM71.17 JUTA MELIBATKAN PELBAGAI INISIATIF UNTUK SEKTOR-SEKTOR PENTING SEPERTI PERNIAGAAN, PERTANIAN DAN PELANCONGAN.
 
SUMBER: SINAR HARIAN
PUTRAJAYA: MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) HARI INI BERSETUJU MEMBENARKAN SEKOLAH DAN MADRASAH TAHFIZ BEROPERASI SEMULA. MENTERI KANAN (KESELAMATAN), DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB, BERKATA BAGAIMANAPUN TARIKH PEMBUKAANNYA AKAN DIUMUMKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM).
"HANYA SEKOLAH DAN MADRASAH TAHFIZ YANG BERDAFTAR SAHAJA DIBENARKAN DIBUKA DAN PERLU MEMATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) YANG DITETAPKAN KPM.
"SEKOLAH DAN MADRASAH TAHFIZ YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN ASRAMA PERLU MENGIKUT SOP SEPERTI SEKOLAH BERASRAMA YANG DITETAPKAN," KATANYA DALAM SIDANG MEDIA HARIAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) HARI INI.
ISMAIL SABRI BERKATA, BAGI SEKOLAH DAN MADRASAH TAHFIZ YANG TIDAK BERDAFTAR, PERLU MEMBUAT PERMOHONAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI.
"MESYUARAT KHAS JUGA BERSETUJU MEMBENARKAN PUSAT TUISYEN, SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA UNTUK BEROPERASI.
"BAGAIMANAPUN, PERINCIAN BERKENAAN TARIKH DAN SOP, AKAN DIUMUMKAN OLEH KPM DALAM TEMPOH TERDEKAT," KATANYA.
SELAIN ITU, SURAU DI SEKOLAH JUGA DIBERI KEBENARAN UNTUK DIGUNAKAN SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN DAN PERLU MENGIKUTI SOP YANG DITETAPKAN TERMASUK PENJARAKAN SOSIAL.
SUMBER: BERITA HARIAN
5 SEPTEMBER 2020, SABTU - LAWATAN KE INSTITUSI TAHFIZ AL QURAN YANG KE-6 PADA HARI INI IAITU PUSAT HAFAZAN AL QURAN NULKARIM AL BARAKAH, TELUK INTAN.
PUSAT TAHFIZ INI ADALAH BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.